Free File Hosting

Anak Kedah

April 6, 2006

Jalan Jalan… [UMUM] — almanuri @ 2:27 pm

Ni aku nak ajak korang pi Langkawi..satu tempat yang amat menarik kalau nak bercuti.. Tempat di panggil Tanjung Rhu..haa..kalau korang nak tau Tanjung Rhu ni pantai dia amat cantik. Kalau dulu masa tahun tahun 70an, banyak pokok rhu.. kalau hotel hotel keliling tu tak der lagi..kebanyakkan dipenuhi dengan poko rhu. Kalau malam bila angin bertiup akan dengar bunyi ‘’rhuuuuuuu… hullamak sayu jer rasa nya..masa tu kalau nak tidur kat pantai tu kena bawa khemah sendiri… Tapi la ni..takpayah dah hotel chalet keliling ada..Jom jalan jalan..!!emoticon
 
Ini pula pantai Teluk Datai, nampak tak cantik kan…Buat apa nak pi makan angin jauh jauh sampai ke Oversea…dalam Malaysia pun berlambak tempat yang cantik cantik..
Oakylah sampai disini dulu hari ni…lain kali cerita lagi..Jumpa lagi…. 
 
 

April 5, 2006

Streamyx [UMUM] — almanuri @ 9:27 am

Aku nak bagi satu tawaran menarik nie….Tapi untuk orang perak jer..aku ulangi untuk orang Perak sahaja..SESAPE YANG MELANGGAN STREAMYX..AKAN MENDAPAT LINE TELEFON PERCUMA SEWA BULANAN SELAMA SETAHUN…CAGARAN/PEMASANGAN/PENDAWAIAN TELEFON DIKECUALIKAN…HANYA CAJ PENDAFTARAN JER RM10.00
AMACAM…kalau nak kontek aku..aku akan uruskan segalanya…no tepon aku..?
Email lah senang..kalau agak agak boleh jer aku bagi ler no. tepon aku…okay..?
 
Email aku: bisnes2all@yahoo.com – Megat 
 

Jejaka Idaman [UMUM] — almanuri @ 9:07 am

Jejaka Yang diburu seantero Malaya…bertuah betul Mawi, bertuah betul mak bapanya…sapa sangka anak Felda boleh berjaya sampai macam tu sekali..Mawi seumpa mendapat lampu ajaib Aladin. Gosok jangan tak gosok gosok..kata Tam Spider.

Sekali imbas tak nampak kat mana yang lebihnya si Mawi ni.. Suara kira okay la juga, gaya dia macam biasa jer..showmanship tak ler berapa sangat..Mungkin juga seperti kata sesetengah orang, pasal dia punya aura. Hmmm AURA… apabenda tu..minyak wangi dia ker..? bau badan dia ker..? Tah ler aku
sendiri pun tak berapa pasti ngan apa yang dikatakan aura tu…Tapi apa apa pun Tahniah ler Mawi…Gua salute sama lu…Sementara tengah TOP nie buat duit banyak banyak..simpan banyak banyak.. Hidup nie ibarat roda..mungkin hari ni kita di atas.. esok lusa kat bawah pulak yer tak… Peminat pun aku rasa ada yang tak minat kat Mawi selamanya.. lama lama dia minat kat orang lain pulak..Mungkin AURA dia dengan aura penyanyi baru tu lebih ‘ngam’.

Album baru Mawi dah nak keluar…kita tengok macamana sambutannya..Tapi aku dengar booking utk almbum dia dah mencecah 25 ke 35 ribu unit..macam tu ler kalau tak silap aku..Hebat..

Oakylah sampai disini dulu utk hari ni… 

 

 

April 4, 2006

Salam Semua…. [UMUM] — almanuri @ 4:18 am

Alhamdulillah, dapat juga aku buat blog yang tak seberapa nie..nak buat canggih canggih pun bukannya aku pandai pun.. setakat nie jerla yang termampu… 

Maaf ler kalau bahasa yang aku guna ni akan bercampur campur antara Kedah dengan Perak, pasai aku dok perak ni pun dah lama dah. mola dari tahun 1982 lagi.. kerja diPerak kawin pun dengan orang Perak.. tapi anak anak aku semua lahir kat Perak..jadi deme ni megat Perak ler…hehe..

Orang Kedah tak ndak kat aku..emoticon. apa apa pun sampai saat ni perkahwinan aku termasuk dalam katogeri bahagia…kira ok la…

Kepada sesiapa yang sudi nak bagi apa apa komen sila lah yer..jangan malu malu.. 

Okay lah untuk hari ini, insyaallah esok kita jumpa. Itu pun kalau ada bahan yang nak di tulis..

 

 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Dave Shea